TEMPAT UKM 3

 Hi and assalamualaikum! Saya akan berkongsi dengan anda pada harini tentang tempat yang menarik di UKM iaitu Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL).


Perpustakan Tun Seri Lanang ialah sebuah perpustakaan induk di UKM yang menyediakan keperluan sumber maklumat dan ilmu warga UKM khasnya bagi tujuan penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar-pelajar di UKM. Perpustakaan ini bertempat di aras 2 dan 3 bangunan Institut Alam dan Tamadun Melayu . Terdapat 1,099,033 naskah buku yang bercetak di perpustakaan untuk memudahkan pelajar mencari sumber rujukan dan sumber belajar.

Selain itu, mereka juga mempunyai pelbagai fasiliti-fasiliti yang menarik untuk memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar seperti surau yang luas dan cantik, kafe yang menyediakan makan dan minum yang manis, ruang 24 jam Abdul Aziz Shaik Mydin, lokar, bilik diskusi, ruang bacaan dan banyak lagi.

Tempat yang kedua adalah Kompleks Skuasy UKM. Kompleks telah ditubuhkan pada tahun 2004.

Pembinaan telah ditubuhkan untuk menarik balik minat pelajar tentang permainan sukan skuasy ini dengan menganjurkan pertandingan dan menubuhkan kelab citra skuasy. Sejak kecil lagi saya sudah bermain skuasy dan memasuki pelbagai pertandingan skuasy oleh itu tempat ini memudahkan saya untuk bermain skuasy dengan kawan-kawan saya ketika masa lapang.

Bukan itu sahaja, tempat ini juga mempunyai kemudahan yang disediakan seperti surau yang selasa, bilik persalinan lelaki dan perempuan, tandas yang bersih dan sebagainya. Kemudahan ini memberikan keselasaan kepada pelajar-pelajar untuk bermain dengan tenang. 

Itu sahaja perkongsian daripada saya tentang tempat-tempat yang menarik di UKM ini. Sekian terima kasih





Comments