Assalamualaikum dan hai semua!! Hari ini saya akan memberitahu tentang tempat yang menarik di UKM. Salah satu tempat yang menarik di UKM adalah Pusanika. Pusanika ini adalah sebuah tempat yang mempunyai pelbagai kemudahan dan pelbagai kedai yang boleh menjadi pilihan hati mahasiswa di UKM. Mari saya tunjukkan apa yang ada di Pusanika ini.
1. Hot Meal Bar
- Kedai makanan ini menawarkan makanan seperti mee tarik dan dumpling. Harga yang berpatutan untuk mahasiswa dan makanannya yang sedap!!
2. Emart24
- Kedai ini pula menawarkan makanan dari negara Korea dan ianya sangat sesuai dengan trend terkini bahawa mahasiswa ada yang minat kepada pengaruh Korea dari segi makanan dan lain-lain. Saya juga pernah merasa Bulgogi Beef Cupbap Bowl yang sangat sedap! Kedai ini amat direkomendasikan kepada mereka yang minat akan makanan Korea. Banyak juga pilihan-pilihan makanan di sini!!
3. Zus Coffee
- Sesuai untuk penggemar kopi dan bakeri. Kedai ini juga ada disediakan tempat seperti meja dan kerusi dan ianya sesuai untuk mahasiswa yang ingin membuat perbincangan atau belajar di kedai ini.
4. ATM Maybank
- Senang je nak keluarkan duit di UKM ini. Pergi sahaja di Aras 6 Pusanika dan di situ ada ATM dan mahasiswa boleh sahaja keluarkan atau masukkan duit. Tak perlu lagi dah pergi keluar untuk keluarkan duit!!
Ni contoh video apa yang ada di Pusanika selain di atas
Sebenarnya banyak lagi antara tempat-tempat atau perkhidmatan yang ada di Pusanika ini! Tapi sampai sini saja yang boleh saya kongsikan. Maaf kalau ada salah informasi!! Terima kasih! Jumpa lagi!
Comments
Post a Comment