Assalamualaikum! Hari ini saya akan menceritakan tentang Minggu Apresiasi Watan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mestilah anda tertanya-tanya bahawa MAW ini menyeronokkan atau tidak? Mari saya ceritakan.
Hari Pertama: Pertama kali melangkah ke Universiti Kebangsaan Malaysia dengan perasaan yang berdebar. Untuk pergi ke kolej kediaman, saya perlu menaiki bas di Dewan Gemilang. Setelah mengemas bilik, pada petang pula terdapat program yang dijalankan untuk sesi aktiviti kolej. Disitu saya diberikan baju kolej, mafla dan kipas daripada Kolej Keris Mas. Pada belah malam pula, terdapat aktiviti tentang Naratif Baharu Kolej Akademia di Dewan Besar.
Hari Kedua: Saya bangun di awal pagi kerana terdapat program di Dectar iaitu Pembukaan Minggu Apresiasi Watan. Di program itu juga saya mendapat pelbagai info tentang pentadbiran di UKM seperti Pusat HEP, Pengurusan Akademik dan lain-lain. Pada sebelah petang pula, kami mempunyai program interaksi bersama PTj & Agensi seperti UKM-Karier, KMUKM, PTPTN dan sebagainya. Kami juga mempunyai program pada waktu malam. Walaupun penat tetapi saya gembira kerana telah mendapat banyak info.Hari Ketiga: Pada hari tersebut, kami telah pergi ke fakulti masing masing. Fakulti saya adalah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dilakukan dan aktiviti yang paling menarik bagi saya adalah Explorace kerana kami telah menjelajah satu fakulti yang bagi saya telah memberikan saya pandangan terhadap fakulti ini. Seterusnya, pada malam terdapat program UKM berqasidah di Masjid UKM.
Hari Keempat: Kami telah dibahagikan kepada domain-domain yang telah kami pilih. Saya mendapat domain kesukarelawan. Kami berjalan kaki ke Panggung Seni dan program ini dinamakan Langkah Watan. Bagi domain kesukarelawan, kami telah dibahagikan kumpulan dan kami perlu menerangkan tentang satu topik. Pada waktu malam, terdapat program Megarobik UKM. Hari tersebut amat menarik dan dapat menyihatkan diri serta dapat menyeronokkan diri sebelum minggu pembelajaran bermula.Hari Kelima: Hari terakhir MAW dimulai dengan bacaan ikrar sebagai tanda saya adalah mahasiswa UKM. Ikrar ini adalah janji untuk bersungguh-sungguh dalam pembelajaran dan apa apa yang berkaitan dengan UKM. Acara yang semua pelajar tunggu adalah Perang DECTAR. Walaupun sakit tekak tetapi pengalaman itu amat berharga bagi mahasiswa baharu di UKM sebagai tanda semangat.Sekian itu saya perkongsian saya tentang MAW. Jumpa lagi!
Comments
Post a Comment