TEMPAT DI UKM 2

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera, kalau nak tahu di UKM ni terdapat banyak tempat yang menarik dan di antaranya adalah Muzium Warisan Akademik. Saya akan berkongsi serba sedikit tentang Muzium Warisan Akademik !! 



Muzium Warisan Akademik UKM merupakan sebuah lagi mercu tanda baru di kampus yang bersejarah ini. Penubuhan muzium ini didorong oleh perkembangan pesat, kejayaan dan pencapaian dalam pelbagai bidang akademik dan pengurusan sejak penubuhan UKM pada 18 Mei 1970. 


Mengunjung ke Muzium Warisan Akademik UKM adalah pengalaman yang saya tidak akan lupakan kerana maklumat-maklumat yang disampaikan sangat menarik dan ada pelbagai artifak yang saya dapat lihat di muzium tersebut. Tambahan pula hasil seni ukiran kayu yang dipilih sebagai penghias dalaman muzium, perabot dan bingkai gambar dan poster menarik perhatian saya dan rakan-rakan saya yang lain.



Selain itu, Muzium Warisan Akademik UKM juga merupakan keseinambungan usaha kepada Galeri UKM yang terletak di aras dua, Bangunan Canselori yang telah dirasmikan pada 29 Julai 2000 sempena Sambutan 30 Tahun UKM. Galeri tersebut memberi tumpuan kepada sejarah perjuangan dan penubuhan UKM, manakala Muzium Warisan Akademik pula menonjolkan perkembangan, kejayaan dan kegemilangan UKM pada usia 38 tahun.



Harapan saya ialah agar Muzium Warisan Akademik UKM ini akan punya bangunan tersendiri yang menempatkan keseluruhan maklumat tentang UKM dan kecemerlangan warga UKM itu sendiri.

Comments