Pengalaman Anis

Hi dan assalamualaikum ! Pada hari ini saya ingin mengkongsikan pengalaman saya selama menjalani Minggu Apresiasi Watan selama 5 hari di UKM.

Pada hari pertama, saya sangat teruja kerana hari paling ditunggu-tunggu sudah tiba. Selepas selesai sesi mendaftar, kami perlu berkumpul di dewan besar Kolej Keris Mas untuk sesi berkenalan dan taklimat yang ingin disampaikan oleh fesi-fesi KKM. Saya bertemu beberapa kawan baru di sana.



Pada hari kedua, kami bergerak pada awal pagi ke Dectar untuk program Pembukaan Apresiasi Watan bersama beberapa pentadbiran di UKM iaitu Pusat HEP, Pengurusan Akademik dan interaksi bersama PTj & Agensi seperti UKM-Karier, KMUKM, PTPTN dan sebagainya. Kami mengetahui lebih mendalam tentang pengurusan dan maklumat di UKM.



Pada hari ketiga, kami pergi ke fakulti masing-masing dan fakulti saya adalah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Mereka menerangkan serba sedikit tentang fasiliti-fasiliti di FEP dan saya amat terpegun dengan kemudahan-kemudahan yang ada di sana seperti cafe budi, tempat surau yang selasa, ruang belajar yang tenteram dan kawasan yang cantik. 



Pada hari keempat, kami telah dibahagikan kepada domain-domain masing-masing dan saya adalah domain kebudayaan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan domain kami menganjurkan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti menari tarian tradisional,membuat wau, bermain permainan tradisional dan sebagainya. Saya juga menyertai persiapan untuk persembahan malam terakhir Minggu Apresiasi Watan sebagai ahli busana yang menguruskan baju-baju perserta yang terlibat untuk persembahan. Dari situ saya juga telah mendapat kawan baru dan kami bersembang antara satu sama lain. Penat tapi berbaloi kerana saya dapat berjumpa kawan baru.

 

Pada hari kelima, hari terakhir bagi Minggu Apresiasi Watan kami berkumpul di dectar dan membaca ikrar sebagai tanda kami mahasiswa UKM dan saya amat terharu kerana saya telah menjadi seorang mahasiswa di universiti idaman saya. Pada malam penutup, semua peserta yang terlibat dalam persembahan penutup telah membuat persembahan yang menarik dan melihat bakat mereka dari segi tarian, nyanyian dan sebagainya. Untuk mengakhiri malam penutup MAW , mereka telah mengadakan perang dectar antara kolej untuk menunjukkan semangat kerjasama antara satu sama lain. Malam tersebut amat meriah dan memberi kenangan yang manis kepada saya dan juga rakan -rakan saya.


Itu sahaja perkongsian pada hari ini. Sekian terima kasih.

Comments