Masita


Assalamualaikum dan salam sejahtera, nama saya Masita binti Idrus atau lebih dikenali dengan panggilan Mas. Saya lahir pada 28 September 2003 dan berusia 20 tahun. Saya lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan merupakan anak yang pertama daripada lima adik beradik. 

Selepas tamat sesi persekolahan di SMK Seri Sentosa, saya telah menyambung pelajaran dalam Matrikulasi aliran Perakaunan di Matrikulasi Pulau Pinang  dan mendapat CGPA sebanyak 3.92 yang telah membuka peluang saya untuk meneruskan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kini, saya merupakan seorang pelajar Tahun 2,  program Pentadbiran Perniagaan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan bertempat di UKM Kampus Bangi. Semoga tahun ini berakhir dengan kegembiraan yang menghanyutkan segala kegalauan yang menghimpit sanubari. Kepada pembaca, teruskan perjuangan dalam mencapai matlamat yang ingin diperolehi.


Nikmati persembahan dari pelajar UKM dibawah Konsert Citra Seni.

Comments