Fatin Nurain Izzati

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Nama saya Fatin Nurain Izzati binti Johar dan lebih dikenali dengan panggilan Fatin. Saya lahir pada 17 Disember 2004 dan berusia 19 tahun. Saya lahir di Negeri Johor dan merupakan anak ke 4 daripada 5 adik beradik. 

Selepas tamat sesi persekolahan saya telah menyambung pelajaran dalam Kolej Matrikulasi Melaka di Masjid Tanah Melaka dengan mengambil jurusan Perakaunan dan mendapatkan CGPA 3.75 yang telah membuka peluang saya untuk meneruskan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia.



Kini, saya merupakan seorang pelajar Tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan di UKM Kampus Bangi. Dengan melanjutkan pelajaran di UKM, ia adalah satu perjalanan yang menarik dalam usaha saya untuk mencapai target dalam kehidupan serta berusaha untuk mencapai kejayaan yang hendak dimiliki.

Terima Kasih.

Comments